Friday 30 March 2012

[ii] KBSR dan KSSR

  • KLSR - kurikulum lama sekolah rendah
  • KBSR - kurikulum baru sekolah rendah
    • prinsip - 
      • pendekatan bersepadu
      • pendidikan yang sama untuk semua murid
      • perkembangan individu secara menyeluruh
      • pendidikan seumur hidup
    • kesepaduan -
      • unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani
      • pendidikan untuk semua
      • penggunaan pengetahuan dan kemahiran sedia ada
      • meningkatkan penggunaan bm dan bi serta bahasa pengantar yang lain
      • pendidikan sepanjang hayat
      • penekanan kepada nilai murni
  • KSSR - kurikulum standard sekolah rendah - 2011
    •  mementingkan standard
      • standard kandungan - perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai
      • standard pembelajaran - petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian diukur bagi setiap standard kandungan
  • 1979 laporan jawatankuasa kabinet mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan diterbitkan. perhatian penting adalah mengenai kemahiran 3M
  • kekurangan yang ada pada KLSR
    • tiada perkaitan yang jelas antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain
    • antara suatu peringkat pembelajaran dengan peringkatpembelajaran yang berikutnya tiada kesinambungan
    • pelaksanaan pengajaran dalam KLSR adalah terpengaruh dan berkaitan dengan persekitaran dan kehidupan
  • KBSR, murid lebih aktif dalam proses pembelajaran, KLSR, guru bersifat autokratik dalam pengajarannya
  • KSSR berfokus kepada kemahiran membaca, menulis, mengira, menaakul
  • Kelebihan KSSR
    • tambahan 1 elemen iaitu kemahiran menaakul - Kemahiran menaakul biasanya digunakan dalam proses menyelesaikan masalah dan ia merujuk kepada kebolehan kognitif seseorang yang melibatkan pemikiran secara sistematik dan abstrak. Kemahiran berfikir dalam aras yang lebih tinggi adalah semakin penting dan perlu bagi pembangunan modal insan bagi abad ke 21. Bagi menyediakan rakyat ke arah tersebut, perubahan kepada tahap pemikiran pelajar-pelajar di sekolah harus segera dilaksanakan. Usaha-usaha tersebut adalah sangat diperlukan daripada pihak guru-guru di sekolah dalam menerapkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
    •  standard lebih jelas dinyatakan bagi kandungan dan pembelajaran dalam KSSR
    • KSSR bertujuan membekalkan generasi masa hadapan untuk menghadapi cabaran abad ke-21

No comments:

Post a Comment

Anda dialu-alukan memberikan komen serta cadangan yang membina untuk penambahbaikan blog bersama.