Wednesday 10 October 2012

10/ Analisis Pergerakan Manusia

  • satah dan paksi 
    • satah - suatu permukaan bayangan yang melintasi bahagian tubuh
    • paksi - suatu garis yang tetap atau kekal, sama ada mendatar atau menegak. digunakan sebagai rujukan suatu penentuan kedudukan
  • analisis berlari - pergerakan kaki berlaku pada satah sagital di paksi transversal
  • analisis melompat - pergerakan kaki berlaku pada satah sagital di paksi transversal
  • analisis menendang - pergerakan kaki yang menendang berlaku pada satah sagital di paksi transversal
  • analisis memukul - pergerakan tangan dalam tindakan menghayun raket berlaku pada satah transversal di paksi longitudinal.
  • analisis membaling - pergerakan tangan berlaku pada satah transversal di paksi longitudinal

Tuesday 9 October 2012

9/ Pertimbangan Muskuloskeletal Untuk Pergerakan

  • sistem muskuloskeletal menggerakkan tubuh dalam ruang. otot menghasilkan daya dan pergerakan manusia. 
  • faktor yang mempengaruhi kebolehan otot untuk menghasilkan gerakan 
    • otot menghasilkan pergerakan sendi.
    • penguncupan otot akan menarik tulang
  • panjang serat otot - gelongsoran filamen di dalam sarkomer menyebabkan serat otot memendek. panjang serat otot ditentukan oleh seni bina otot
  • panjang lengan momen otot - lengan momen mempengaruhi pergerakan sendi yang dihasilkan oleh penguncupan otot
  • faktor yang mempengaruhi kekuatan otot 
    • saiz otot - 
    • regangan otot
    • lengan momen otot
    • halaju penguncupan
    • rekrumen serat otot
    • jenis serat yang membina otot

Monday 8 October 2012

8/ Kinetik Linear

  • menerangkan tentang penyebab bagi gerakan linear semua objek.
  • hukum gerakan newton 
    • hukum newton pertama - hukum inersia - sesuatu jasad akan kekal dalam keadaan rehat (pegun) atau bergerak dengan halaju seragam di sepanjang garis lurus melainkan daya luar dikenakan ke atasnya.
    • hukum newton kedua - hukum pecutan - suatu daya dikenakan ke atas sesuatu objek kadar perubahan momentum yang dialami objek tersebut adalah berkadar terus dengan saiz daya yang bertindak ke atas objek itu pada arah yang sama dengan arah tindakan daya itu.
      • formula : DAYA = JISIM X PECUTAN (F=MA)
    • hukum newton ketiga - hukum tindak balas - setiap daya yang dikenakan ke atas sesuatu jasad oleh jasad yang lain, terdapat satu daya tindak balas yang mempunyai magnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan. seperti melantun bola

Sunday 7 October 2012

7/ Kinetik Pergerakan Manusia

  • berkait dengan daya
  • mekanik dan biomekanik - mengkaji gerakan objek dan daya
    • mekanik jasad tegar - menganalisis objek seperti sistem rangka
    • mekanik jasad boleh ubah bentuk 
    • mekanik bendalir
  • daya
    • dikenakan oleh sesuatu objek ke atas objek yang lain
    • wujud secara berpasangan
    • menyebabkan sesuatu objek untuk mula bergerak, berhenti, menambah kelajuran, memperlahankan gerakan, mengubah arah.
  • klasifikasi daya - 2 kategori iaitu daya sentuhan dan daya hasil daripada tindakan dari jauh
    • daya sentuhan - dihasilkan daripada interaksi dua objek yang dianggap bersentuhan secara fizikal di antara satu sama lain
    • daya tindakan dari jauh - dihasilkan  daripada interaksi dua objek yang tidak bersentuhan secara fizikal SEPERTI daya graviti, daya elektrik dan daya magnet.

Saturday 6 October 2012

6/ Otot-otot Rangka Utama

  • ciri-ciri otot rangka utama :
    • orientasi serat otot secara realtif kepada garisan tengah tubuh
    • saiz relatif otot
    • bentuk relatif otot
    • tindakan utama otot
    • bilangan punca (pelekatan proksimal)
    • struktur yang berada berhampiran dengan otot
    • punca dan selitan (pelekatan distal) otot
  • otot pada toraks yang membantu pernafasan :
    • diafram -
    • interkosta eksterna
    • interkosta internal

Friday 5 October 2012

5/ Sistem Otot

  • terdiri dari otot rangka, otot licin, otot kardium. 
  • otot kardium - otot dinding jantung, mengepam darah menerusi salur darah ke seluruh tubuh 
  • otot kardium dan otot licin - otot involuntari atau luar kawal. tidak dapat mengawal tindakan otot ini. 
  • otot rangka - otot yang paling banyak pada tubuh. 650 otot. 
  • 4 sifat tisu otot 
    • kebolehujaan - bergerak balas terhadap rangsangan
    • kebolehkuncupan 
    • kebolehpanjangan
    • kekenyalan - bentuk asal selepas diregang

Thursday 4 October 2012

4/ Sistem Sendi

  • pertemuan di antara dua tatu lebih tulang. di antara rawan dan tulang atau di antara gigi dengan tulang.
  • 3 jenis sendi :
    • sendi berserat - tidak mempunyai rongga sinovial. tulang sendi dihubungkan oleh tisu perantara atau tisu penghubung padat tak teratur.
      • 3 jenis sendi berserat - sutur, sindesmosis, membran interos. sutur di tengkorak. sindesmosis digerakkan secara terbatas. membran interos lembaran nipis tisu perantara yang menghubungkan tulang panjang.
    • sendi berawan - sendi tidak berongga sinovial dan tulang sendi dihubungkan oleh rawan
      • sedikit pergerakan.  2 jenis sendi ini iaitu sinkondrosis tulang sendi dihubungkan oleh rawan hialin. simfisis pula tulang sendi mempunyai rawan artikular dan dihubungkan oleh rawan berserat
    • sendi sinovial - terdapat rongga sinovial di antara tulang sendi. dihubungkan oleh tisu perantara atau tisu penghubung padat tak teratur dan juga oleh ligamen
      • lebih banyak pergerakan. mempunyai ciri seperti rongga sinovial, kapsul artikular, rawan artikular. mempunyai struktur meniskus, pad lemak artikular, ligamen aksesori, tendon, bursa.

Wednesday 3 October 2012

3/ Sistem rangka

  • terdiri dari tulang tulang yang secara berterusannya mengalami pengubahsuaian selaras dengan tumbesaran.
  • tisu tulang - juga dipanggil tisu oseus 
    • 4 jenis sel tulang 
      • sel osteogenik,
      • sel osteoblas
      • sel osteosit
      • sel osteoklas
    • 2 jenis tisu tulang
      • tisu tulang padat
      • tisu tulang spongiosa

Tuesday 2 October 2012

2/ Tisu Perantara

  • tisu terdiri dari sel yang bergabung dengan sel sel lain untuk bekerja sebagai satu kumpulan untuk melaksanakan tugas yang khusus. 
  • 4 jenis tisu tubuh :
    • tisu epitelium - melitupi permukaan tubuh, lapisi rongga tubuh, organ lompang dan duktus dan bentuk kelenjar
    • tisu perantara atau tisu penghubung - melindungi dan menyokong tubuh dan organ dalaman, menyatukan organ, menyimpan rizab tenaga dalam bentuk lemak serta keimunan
    • tisu otot - hasilkan daya fizikal untuk gerakkan struktur tubuh
    • tisu saraf - mengesan perubahan dalam dan luaran tubuh
  • matriks ekstrasel tisu perantara - bersifat bendalir, gel atau bahan dasar pepejal bersama serat protein. 
    • bahan dasar - komponen tisu perantara di antara sel dan serat.
    • serat - menguat dan menyokong tisu perantara seperti serat kolagen yang kuat dan rintang terhadap daya tarikan. dan serat elastik terbina dari molekul protein yang dikenali sebagai fibrilin. fibrilin mensatbilkan serat elastik yang boleh diregang.

Monday 1 October 2012

1/ Anatomi & Fisiologi Manusia

  • Struktur tubuh manusia :
    • aras kimia - melibatkan atom, tindak balas kimia dan terdiri daripada nukleus iaitu proton, neutron dan elektron
    • aras sel - unit terkecil dalam badan.  lebih 10 trilion sel terbahagi kepada 230 jenis sel seperti sel otot, rangka, saraf, darah dll.
    • aras tisu - suatu struktur berserat yang terdiri dari gabungan sel yang sama dan yang mempunyai asalan yang sama. 4 jenis tisu :
      • epithelium - tersebar meluas pada tubuh. Membentuk litupan bagi semua permukaan tubuh
      • perantara atau penghubung - menyatukan struktur yang berbeza untuk bentuk satu struktur yang lebih besar. menyokong tubuh, menyimpan lemak, mengangkut bahan dalam tubuh, membaik pulih kerosakan tisu
      • otot - sel yang berupaya untuk memendek atau menguncup bagi hasilkan gerakan pada bahagian tubuh. kelihatan berwarna merah hasil dari salur darah yang banyak .
      • saraf - dari neuron dan sel neuroglia. terdapat di otak, korda spina dan saraf periferi. berperanan menyelaras dan mengawal kebanyakan daripada aktiviti tubuh